Pada 6 Julai 2015 bersamaan dengan hari
Isnin saya telah datang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat untuk
melapor diri dan menjalani latihan mengahar di sekolah tersebut. Sebelum
melaporkan diri, saya menunggu bersama beberapa orang rakan di bilik menunggu
di dalam pejabat untuk berjumpa dengan pengetua. Namun terdapat beberapa
kekangan dan saya di minta untuk pergi ke tapak perhimpunan dahulu kerana
perhimpunan akan bermula tidak lama lagi. Ketika perhimpunan saya diperkenalkan
kepada semua guru dan murid sebagai guru pelatih.
Tamat
perhimpunan saya berjumpa dengan penolong kanan
pentadbiran sekolah tersebut iaitu Pn
Hamizah Binti Abdul Hamid untuk sesi suai kenal. Pada hari pertama persekolahan
saya tidak dapat berjumpa dengan pengetua sekolah kerana beliau berada di luar
kawasan untuk hal berkaitan. Jadi, saya telah di pantau oleh penolong kanan
pentadbiran dan beliau dibantu oleh Puan Zaitun. Setelah diberi taklimat oleh
PK pentadbiran saya di bawa ke dalam bilik guru untuk berkenalan dengan
guru-guru di sekolah ini.
Selesai sesi suai kenal bersama guru-guru tersebut, saya di bawa
pusing ke kawasan sekolah. Setiap inci kawasan di sekolah ini dikenalkan kepada
saya supaya dapat memudahkan pergerakan saya untuk mencari kelas dan
bilik-bilik khas yang lain. Saya kemudiannya di bawa semula ke pejabat untuk
berkenalan dengan kakitangan sekolah yang lain. Sementara menunggu guru yang
mengambil alih dan bertanggungjawab untuk memberikan jadual kelas kepada saya
sedang membuat semakan semula jadual, saya diberi kelonggaran untuk mempunyai
meja sendiri.
Untuk
hari pertama saya melaporkan diri di sekolah, tidak banyak perkara yang dapat
dilakukan kerana jadual waktu mengajar diberi agak lewat. Hal ini demikian
kerana pihak sekolah mengalami masalah dalam penyusunan jadual waktu untuk
diberikan kepada saya. Sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kelas saya
bermula pada keesokan harinya
No comments:
Post a Comment