Berfikir merupakan fungsi semula jadi
daripada manusia. Fikiranlah yang membezakan antara haiwan dan manusia.
Mengapakah kemahiran berfikir perlu diajar? Kemahiran berfikir perlu diajar
kerana manusia berfikir tidak sewajar yang dimampukan. Hal ini dapat dilihat semasa kita membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Pemikiran yang baik bergantung kepada pengurusan pemikiran yang baik dan
ini mampu dilatih dan dipupuk melalui pendidikan di sekolah.
Terdapat beberapa kepentingan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Antaranya:
- Memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan
berkesan
- Mengamalkan budaya berfikir secara kritis dan
kreatig
- Mengelakkan kesilapan berfikir
Memupuk dan
mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan
Pemikiran yang
baik dapat dilihat dari segi hasilnya seperti:
- Kesimpulan yang dibuat adalah lebih dipercayai
- Keputusan yang dihasilkan adalah lebih bijak
- Perkara yang dikaji dapat dilihat dengan lebih
mendalam
- Ciptaan yang dihasilkan adalah lebih kreatif
- Segala kritikan yang dibuat adalah lebih
membina
- Hasil yang dicipta adalah lebih berseni
Pelajar tidak
akan dapat menajdi pemikir yang baik sekiranya mereka tidak dilatih dengan
aktiviti yang menjurus ke arah mengahsilkan output seperti di atas. Pemikiran
yang baik adalah daripada proses pemikiran yang baik. Pelajar-pelajar perlu
dilatih dan mengalami proses yang pelbagai untuk menuju ke arah pemikiran yang
baik, berkesan dan tajam melalui proses seperti berikut
- Melihat kemungkinan-kemungkinan yang ada
- Menjelajah pemikiran dengan lebih jauh dan
mendalam
- Mengumpul banyak maklumat
- Menggunakan penilaian yang lebih rapi dan
teliti
- Mencabar andaian
- Mengekalkan keobjektifan dan keseimbangan
Keputusan yang
baik adalah hasil daripada pengurusan yang baik, iaitu melihat pilihan-pilihan
baru dan bukan melihat satu aspek sahaja. Semasa membuat keputusan seseorang
itu juga akan terlibat dengan kemahiran-kemahiran kecil membuat keputusan
seperti membanding beza, melihat kesan dan akibat, menilai dan sebagainya.
Apabila seseorang itu telah biasa dengan proses ini, corak pemikiran begini
akan menjadi kebiasaan dan amalannya. Inilah yang diharapkan dalam sistem
pendidikan kita.
Mengamalkan
budaya berfikir secara kritis dan kreatif
Pemikiran kritis dan kreatif sangat diperlukan untuk
tenaga kerja pada masa hadapan. Kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan menjadi keperluan bagi kebanyakan pekerjaan. Oleh itu, semua pihak seharusnya terlibat dan
memainkan peranan yang penting terutama guru sama ada yang sedang mengajar di
sekolah ataupun yang masih dalam latihan. Masa hadapan
generasi akan datang bergantung kepada kepimpinan dan tunjuk ajar guru. Dengan
itu, KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan
pelajar:
1)Mendapat latihan berfikir secara kritis dan
kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.
2) Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran berfikir secara lebih praktikal sama ada di dalam atau di luar sekolah
3) Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan
inovatif
4) Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang
terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.
5) Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dan
seterusnya perkembangan intelek mereka.
6)Bersikap terbuka dalam menerima dan memberikan
pendapat, membina keyakinan diri untuk memberikan hujah, membuat pertimbangan
berdasarkan alasan dan bukti serta berani memberikan pandangan dan kritikan
Mengelakkan
kesilapan berfikir
Kita sering melakukan kesilapan semasa berfikir terutama
ketika membuat sesuatu keputusan dan menyelesaikan masalah. Kesilapan yang sering kita lakukan semasa berfikir
adalah kerana berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru.
1.
Fikiran yang terburu-buru
Keselipaan
ini berlaku apabila kita bertindak secara tergesa untuk membuat keputusan atau
menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini demikian kerana kita tidak menggunakan
masa yang cukup untuk bertindak. Apabila keadaan ini terjadi maka berlakulah
kesilapan-kesilapan yang tidak seharusnya berlaku.
2.
Fikiran yang sempit
Kelemahan
ini berlaku apabila kita cuba membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu
itu dengan lebih luas. Kita juga tidak berusaha untuk memberi pertimbangan yang
wajar, mencari makna yang tersirat, menerokai bukti-bukti lain yang nyata,
meninjau pandangan-pandangan orang lain, memilih altenatif-altenatif dan
mengkaji kemungkinan-kemungkinan lain. Akibat daripada tindakan seperti ini,
kita mungkin terlepas pandangan untuk membuat keputusan yang terbaik.
3.
Fikiran yang kabur
Kesalahan
ini berlaku apabila idea yang hendak kita sampaikan itu tidak jelas dan tidak
menepati objektif yang dikehendaki. Umpamanya mungkin kita tidak memperjelas
sesuatu konsep itu dengan lebih terperinci dengan memberi tafsiran dan
contoh-contoh yang nyata. Dengan itu berlakulah kesamaran pada idea yang hendak
kita sampaikan.
4.
Fikiran yang bercelaru
Kelemahan
ini berlaku apabila kita tidak merancang dan menyusun idea yang hendak kita
sampaikan itu dengan cara yang sistematis. Idea yang hendak kita hendak kita
sampaikan itu lazimnya kita sampaikan secara rawak, iaitu tidak disusun
mengikut urutan atau prinsip-prinsip tertentu. Dengan itu berlakulah perulangan
dan pertindahan idea tanpa arah dan hala tuju tertentu.